Rakan-rakan

Thursday, August 12, 2010

Lagi kelebihan Coke

Ni cerita pasal coke diet plak......

Ia mungkin mengandungi sifar kalori, tanpa gula dan memberikan tambahan tenaga, tapi soda diet boleh menyusut tahap kalsium dan fosforus dari tubuh anda, berdasarkan kajian awal yang dibentangkan suatu konvensyen perubatan.
Suatu kajian oleh Walter Reed Army Medical Center melaporkan bahawa wanita sihat yang minum cola diet, kalsium dan fosforus menyusut lebih banyak berbanding cola biasa.
Kajian tersebut dibentang oleh Dr Noelle Larson dalam penerangan beliau pada perhimpunan tahunan Masyarakat Endoktrin pada bulan Jun dan pembentangan beliau lebih menjurus kepada diet soda.
Dalam kajian tersebut, 20 orang wanita yang sihat meminum 24 aun air atau diet cola selamat 2 hari. Air kencing mereka dikumpulkan selepas 3 jam mereka meminum minuman tersebut
Kajian beliau mendapati mereka yang minum cola diet menyusut lebih banyak kalsium dan fosforus daripada kumpulan kawalan. Penyusutan tahap kalsium 3 jam selepas minum cola adalah 6.85mg lebih tinggi daripada selepas minum air. Tahap penyusutan fosforus adalah 41mg lebih tinggi pada kalangan peminum cola berbanding kumpulan kawalan. Kalsium dan fosforus adalah elemen-elemen yang saling bekerjasama dan penting dalam membina tulang dan gigi yang kuat.
Kajian sebelumnya mendapati peminum cola (diet dan soda biasa) mempunyai kepadatan mineral tulang yang lebih rendah dan kadar patah tulang meningkat berbanding mereka yang tidak minum cola.
"Kajian kami menunjukkan bahawa pengambilan cola diet boleh menyebabkan keseimbangan kalsium terganggu di kalangan peminum cola wanita di usia muda", Larson dan rakan-rakannya menulis dalam abstrak tersebut. "Ini mungkin membantu menjelaskan penurunan klinikal ketumpatan tulang dan tahap patah tulang meningkat pada wanita yang mengambil minuman ini secara kerap."

No comments:

Post a Comment