Rakan-rakan

Tuesday, August 9, 2011

Struktur Badan Manusia Seumpama Sebuah Bandar

Assalamualaikum...
Terbaca satu artikel dalam majalah Shuang Hor keluaran Nov 2000....
Sangat menarik artikel ni sebab kita boleh kaitkan sistem badan kita dengan bandar.

  1. Sel - Badan kita terbentuk daripada beratus-ratus juta sel yang mempunyai fungsi masing-masing. Peranannya sama seperti penduduk yang tolong-menolong di antara satu sama lain.
  2. Sistem Pernafasan - Seperti kemudahan peralihan udara dalam bandar.
  3. Buah Pinggang, Hati, Sistem Perkumuhan - Seperti sistem kumbahan.
  4. Salurah Saraf - Berfungsi sebagai sistem telekomunikasi.
  5. Saluran Darah dan Saluran Limpa - Seperti lebuhraya sejauh beratus-ratus juta kilometer.
  6. Organ Dalaman dan Nodus Limpa - Seperti pasaraya dan kilang-kilang.
  7. Usus, Perut dan Limpa - Seperti tempat pengurusan sampah dan unit bekalan tenaga.
Jika sistem badan kita bermasalah, kesihatan kita juga akan terganggu.
  1. Sakit Jantung, Masalah Salur Darah - Kesesakan lalu lintas.
  2. Uraemia - Saluran air bawah tanah tersumbat.
  3. Pendarahan - Perpecahan saluran.
  4. Penyakit Saraf - Sistem telekomunikasi terganggu.
  5. Penyakit Paru-paru, Asma, Resdung - Sistem pengudaraan terganggu.
  6. Kanser - Penduduk melakukan jenayah.

2 comments:

  1. woah..~! betul2 terpegun. nice entry..bila fikir balik..memang betul lah. Nak2 lagi tentang kanser tu.~> Penduduk melakukan jenayah...=)

    ReplyDelete
  2. Tu la, pandai gak diorg kaitkan sistem badan dengan persekitaran kita...
    Senang orang nak paham

    ReplyDelete