Rakan-rakan

Monday, May 23, 2011

Demam ke tak ni?

2-3 hari lepas, pagi sabtu
Start rasa cam nak demam
tekak dah rasa lain macam.....
malam tu baru minum kopi CEO Cafe

Ahad....
bangun pagi, banyak buang kahak ngan hingus, agak pekat
selera makan agak kurang
tapi badan still cergas, xde sakit pale, lemah2 or loya nak muntah.
Still wat kopi CEO Cafe....

Isnin (hari ni)
Still banyak kluar hingus ngan kahak pagi ni....
Byk kluar peluh walaupun tgh hujan.

Alhamdulillah
Sejak makan ngan minum produk lingzhi
Dah jarang sakit.....
Kalo sakit pun tak seteruk dulu2
demam sampai xleh bangun katil, sakit kepala giler2, muntah2

Ni pun xtau nak cakap camne,
nak kata demam cam ye gak
sebab meleleh2 hingus, suara pun sengau2, selera makan pun takde
nak kata tak demam pun cam ye gak
sebab boleh kluar jalan2, wat keje2 berat


**TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT. DIHARAP BANYAK BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH S.W.T. SEMOGA MANGSA DITEMPATKAN BERSAMA DENGAN ORANG2 YANG SOLEH**

Saturday, May 21, 2011

TANDA-TANDA AWAL KANSER

Sumber : Cari forum

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

( Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
-------------------------------
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
( Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan



Apa yang perlu dilakukan setelah didiagnosis dengan penyakit kanser?
1) Bertenang
2)Redha dengan ketentuan Allah


Rawatan untuk Penyakit Kanser:
1.Kemoterapi: mengguna sejenis dadah (5FU) untuk membunuh sel kanser bersama sel-sel sihat yang lain
2.Radioterapi: Menggunakan gelombang radio untuk membunuh sel kanser pada tempat tertentu, hanya sesuai utk sesetengah penyakit kanser sahaja.

TEH DAN KANSER Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Thursday, May 19, 2011

Kopi CEO Pahit + Greenzhi?

Pelik bile dengar kopi CEO pahit campur ngan greenzhi utk masalah luka....
Tapi ada orang share testimoni dia....

Luka kat tangan masa main paintball...
Bukan luka sebab kena peluru paintball,
tapi luka macam kena seret atas tanah...
1st day sapu greenzhi
pastu main lagi 2nd day...
berdarah balik tempat luka tu.
Biasanya kalo dah luka tempat sama dalam masa terdekat,
mesti susah nak baik, pastu susah nak kering......

Balik umah, ada orang suruh campurkan kopi CEO pahit dengan greenzhi,
sapu tempat luka.....
Masa awal2 sapu rasa okay sket.....
Tak lama pastu, rasa pedih sangat.
Dia cakap time tu memang tak senang duduk

Dah seminggu dia luka,
dia cakap luka cepat kering...
Tengok parut luka pun cam tak bape besar.....
Dia cakap masa awal2 besar gak parut luka tu.